Selamat Tahun Baru
2008 baru sahaja melabuhkan tirai, 2009 pula sudah menjenguk.
Kalau dahulu, ketika 2008 menjelma, aku masih ingat ketika itu
aku di Kuala Perlis, sedang menjamu makanan di sebuah restoran
Siam, kini pulak aku di restoran mamak di Ipoh. Langsung takda
perubahan. Tetap kedai makan, cuma lokasi yang berbeza.
Entah apa-apa. Sambutan tahun baru yang tiada super mercun.
Tapi yang membezakan situasi dahulu dengan yang sekarang, dahulu
aku masih pelajar tetapi sekarang aku seorang yang sudah bekerja.
Sekarang, bermacam-macam ragam orang aku kena jumpa. Bermacam-macam
situasi dalam production line yang aku kena solve-kan. Memang
menggila. Tapi itu satu cabaran untuk diri aku ni. So azam tahun baru,
tingkatkan kualiti kerja dan mantapkan assembly yield untuk department aku.
Azam tahun baru aku ialah aku taknak buat azam lagi.Sebab rekod paling lama aku
mengikut azam aku adalah sehari. So baik tak payah buat azam. Sebab
aku rasa ia sesuatu yang membuang masa memikirkan azam tanpa
dilaksanakan azam tu.Baik fokus pada azam yang lepas-lepas, kan?
Sebab aku teringat seseorang berkata, sesuatu perubahan tak perlu satu tarikh
keramat untuk dijadikan waktu untuk berubah. Bila-bila pun boleh, tinggal
nak atau taknak jer.
Kepada semua, Selamat Tahun Baru.
About this entry
You’re currently reading “Selamat Tahun Baru,” an entry on Kehidupan Dalam Format JPEG
- Published:
- December 31, 2008 / 9:21 pm
- Category:
- Life Update
- Tags:



No comments yet
Jump to comment form | comments rss [?] | trackback uri [?]